Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, dapat jgk masa utk update blog ni selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran onak duri ribut petir yg melanda.
Asal nk update je, member ajak keluar. Asal nk update je, internet takde, ade je halnya.
Sebelum berbicara dgn lebih lanjut, mengupas, menjawab segala persoalan yg bermain dlm minda korang pasal tajuk entry aku kali ni, aku nk habaq siap2 yg entry kali ni berunsur ilmiah, agak panjang dan berat konteksnya tetapi bertujuan utk peringatan kita bersama yg sering lalai dgn dunia fana ni.
Bangunan.
Secara asasnya kita dapat mengetahui bahawa sesebuah bangunan itu dapat berdiri megah tersergam indah hasil daripada gabungan bahan2 lain seperti pasir, batu, simen, bumbung dan TIANG. Katakan bangunan itu mempunyai lima tiang. Kekukuhan dan keutuhan bangunan itu bergantung kepada tiang2 tersebut. Andaikan satu daripada tiang tersebut rosak dan musnah, pasti bangunan itu tidak kukuh seperti dahulu. Kekukuhan dan keutuhannnya semakin berkurang seiring dgn kerosakan dan kemusnahan tiang2 tersebut.
Apa yg ingin diibaratkan dan dikatakan di sini, bangunan itu adalah Islam.
Islam itu apa?
Islam itu agama.
Salah.
Islam bukan sekadar agama, Islam adalah satu sistem dan cara hidup yg berpaksikan kebenaran yg bersifat sempurna.
Dari A sampai Z.
Dari bangun tidur hinggalah tidur semula.
Dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 perkara semua dititikberatkan.
Jadi, tiang2 tersebut ialah SOLAT.
Solat itulah yg mengukuhkan agama(Islam) seseorang itu.
Bangunan tanpa tiang, hancur musnah robohlah bangunan itu.
Islam tanpa solat, hancurlah musnahlah agama dan kehidupan seseorang itu. Orang yg tidak solat adalah mereka yg tidak memiliki kehidupan. Selagi kita solat, kita menjadikan solat itu sebagai TIANG kepada kehidupan kita. Allah s.w.t menjadi matlamat kita dalam segala yg kita lakukan di dalam dunia.
Solat ni penyambung, penghubung antara manusia dgn Tuhannya, antara hamba dgn Allah dan juga pembeza antara mereka yg ada Islam dgn yg tidak.
"Barangsiapa menjaga hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungannya dengan manusia."
Jangan hairan dan runsing apabila sering berlakunya pertelingkahan, salah fahaman atau apa sahaja yg tak kena dgn hubungan manusia tatkala hubungan dgn Allah buat taktahu je.
Siapalah kita ni, hebat sangatkah kita ni.
Teringat lirik Rap tersohor Malaysia, Malique Ibraim dalam lagunya 'Alhamdulillah' ketika masih bersama kumpulan Too Phat:
"Sebesar rumah
bermula dengan sekecil bata
boleh hilang dalam sekelip mata
...
Semana kaya atau besar
tetap ALLAHUAKBAR!"
Sekaya mana pun harta, tetapi bila tak solat, maka telah memotong hubungan dgn Allah.
Orang yg tidak solat, dia menjadi orang yg mengejar dunia.
Orang kaya tidak semestinya cinta dunia tetapi cinta dunia tak semestinya kaya. Orang yg cinta dunia tak semestinya orang yang berharta. Orang yg cintakan dunia lebih mementingkan hal2 dunia daripada mendirikan agamanya dengan solat.
Jadi faham2lah. Kalau nk cerita pasal sejarah, cara2 solat, rukun2 solat, perkara2 sunat dlm solat, kelebihan menjaga solat, keburukan mengabaikan solat, kesan2 dan perkara2 lain yg berkaitan mmg panjang dan lama lagilah korang nk habes baca.
Alhamdulillah terima kasih Allah atas kudrat yg diberikan utk tulis entry ni. Rasanya sampai disini saja penulisan aku kali ni sbg iktibar, pengajaran dan peringatan sesama kita.

No comments:
Post a Comment
Kritikan murni anda amat dihargai :)