Powered By Blogger

Friday, 1 January 2016

Tiang

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dapat jgk masa utk update blog ni selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran onak duri ribut petir yg melanda.
Asal nk update je, member ajak keluar. Asal nk update je, internet takde, ade je halnya.

Sebelum berbicara dgn lebih lanjut, mengupas, menjawab segala persoalan yg bermain dlm minda korang pasal tajuk entry aku kali ni, aku nk habaq siap2 yg entry kali ni berunsur ilmiah, agak panjang dan berat konteksnya tetapi bertujuan utk peringatan kita bersama yg sering lalai dgn dunia fana ni.

Bangunan.
Secara asasnya kita dapat mengetahui bahawa sesebuah bangunan itu dapat berdiri megah tersergam indah hasil daripada gabungan bahan2 lain seperti pasir, batu, simen, bumbung dan TIANG. Katakan bangunan itu mempunyai lima tiang. Kekukuhan dan keutuhan bangunan itu bergantung kepada tiang2 tersebut. Andaikan satu daripada tiang tersebut rosak dan musnah, pasti bangunan itu tidak kukuh seperti dahulu. Kekukuhan dan keutuhannnya semakin berkurang seiring dgn kerosakan dan kemusnahan tiang2 tersebut.

Apa yg ingin diibaratkan dan dikatakan di sini, bangunan itu adalah Islam.
Islam itu apa?
Islam itu agama.
Salah.
Islam bukan sekadar agama, Islam adalah satu sistem dan cara hidup yg berpaksikan kebenaran yg bersifat sempurna.
Dari A sampai Z. 
Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. 
Dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 perkara semua dititikberatkan.

Jadi, tiang2 tersebut ialah SOLAT.
Solat itulah yg mengukuhkan agama(Islam) seseorang itu. 
Bangunan tanpa tiang, hancur musnah robohlah bangunan itu.
Islam tanpa solat, hancurlah musnahlah agama dan kehidupan seseorang itu. Orang yg tidak solat adalah mereka yg tidak memiliki kehidupan. Selagi kita solat, kita menjadikan solat itu sebagai TIANG kepada kehidupan kita. Allah s.w.t menjadi matlamat kita dalam segala yg kita lakukan di dalam dunia.

Solat ni penyambung, penghubung antara manusia dgn Tuhannya, antara hamba dgn Allah dan juga pembeza antara mereka yg ada Islam dgn yg tidak. 
"Barangsiapa menjaga hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungannya dengan manusia."
Jangan hairan dan runsing apabila sering berlakunya pertelingkahan, salah fahaman atau apa sahaja yg tak kena dgn hubungan manusia tatkala hubungan dgn Allah buat taktahu je.

Siapalah kita ni, hebat sangatkah kita ni.
Teringat lirik Rap tersohor Malaysia, Malique Ibraim dalam lagunya 'Alhamdulillah' ketika masih bersama kumpulan Too Phat:

"Sebesar rumah 
bermula dengan sekecil bata 
boleh hilang dalam sekelip mata
...
Semana kaya atau besar 
tetap ALLAHUAKBAR!"

Sekaya mana pun harta, tetapi bila tak solat, maka telah memotong hubungan dgn Allah.

Orang yg tidak solat, dia menjadi orang yg mengejar dunia.
Orang kaya tidak semestinya cinta dunia tetapi cinta dunia tak semestinya kaya. Orang yg cinta dunia tak semestinya orang yang berharta. Orang yg cintakan dunia lebih mementingkan hal2 dunia daripada mendirikan agamanya dengan solat.

Jadi faham2lah. Kalau nk cerita pasal sejarah, cara2 solat, rukun2 solat, perkara2 sunat dlm solat, kelebihan menjaga solat, keburukan mengabaikan solat, kesan2 dan perkara2 lain yg berkaitan mmg panjang dan lama lagilah korang nk habes baca. 

Alhamdulillah terima kasih Allah atas kudrat yg diberikan utk tulis entry ni. Rasanya sampai disini saja penulisan aku kali ni sbg iktibar, pengajaran dan peringatan sesama kita.

Monday, 28 December 2015

Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain

Bismillahirrahmanirrahim..


Skema siot quote tu.. 
Actually, tu sebenanrnya slogan atau trademark pembimbing rakan sebaya.
*mmg same eh slogan utk prs kt uni dgn skola?*

Sebenarnya tiada apa yang aku nk coretkan utk entry kali ni,
tetiba terlintas ayat skema ni dalam fikiran aku. Kena pulak dgn situasi aku skrg ni.

Cite dia camni, aku berpegang pada prinsip "Bila aku tolong orang, aku harap orang tu akan tolong aku balek" tak kesahlah jam tu jgk ke atau bebila aku perlukan pertolongan.

Lately ni aku rasa aku byk pulak tolong memember aku.

Masalah skrg, memember tak faham, aku tak berkira pun bila menolong, tapi member berkira tolong aku. Tak member ah ceni HakalahAduhMakAi panas tak panas je aku skrg.

Aku dah sedaya upaya berpenat lelah membanting tulang empat kerat untuk bantu diri aku supaya dapat bantu engkorang, engkorang buat cenni kt aku. Bukan sekali, tpi dua tiga empat lima enam kali.

La ni pi lantaq kt hang semua. Malas nk jaga hati dah, Nk terasa ke apa bila aku berkira nk tolong hang semua. Hang semua tak pikiaq apa aku rasa.
*kedah baq hang*

I know my limits.

I'm treat everyone with kindness and respect, even those who are rude - not because they are nice, but because I am.
*omputih pulak dah*

Sudah cukup sudah.
Rasanya tu je lah kot yg nk diconteng kt sini buat kali ni.

--Life is better when you stop caring so much--

Wednesday, 9 December 2015

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera
Salam 1,2,3 test test.
.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillah, pada tanggal 27 Rabiulawal 1437 bersamaan 9 Disember 2015 ini terciptanya satu sejarah dalam hidup aku iaitu menceburi semula dalam bidang penulisan blog setelah sekian lama meninggalkan blog yang dulu2 tu. Ni pun sbb assignment subjek ICT. Klau tak mmg tak ah nk buat. Aku ade try gak cari blog lama tu, tapi sayang~.... HUHUHU.

Baiklah, entry pertama ni biasa ah en, sesi taaruf.

Okay, nama Iman. Panggil Iman. Imann ooo Iman. Selangorian. Seorang lelaki dan pada ketika ini menuntut ilmu di bumi di bawah bayu, Sarawak.

Utk blog aku yg baru ni tak tahu lagi nk tulis entry2 bertemakan apa. Motivation ke, travel ke, buku ke, bahan2 ilmiah ke, fakta2 dunia ke, sejarah ke, ekonomi ke, tgk ah nnti entry2 akan dtg. Rajin2 lah bukak blog aku ni. Aku pun tak tahu aku rajin ke tak nk meng'update' benda alah ni.

Wallahua'lam.